Netizen Naik Angin Terhadap 4 Wanita Asing Duduk Di Luar Tingkap Pangsapuri | Aksi empat orang wanita warga asing yang bertindak di luar jangkaan dengan duduk di luar tingakap sebuah pangsapuri yang terletak di bandar Johor telah menarik perhatian netizen.

Netizen Naik angin Terhadap 4 Wanita Asing Duduk Di Luar Tingkap Pangsapuri

Video dengan kelakuan yang tidak senonoh itu dipercayai merupakan warga Filipina . Video itu telah tular di media sosial sejak daripada semalam. Video berdurasi 29 saat itu dirakam di kawasan parkir kenderaan dan kejadian dipercayai berlaku di tingkat enam bangunan i perumahan di Jalan Seri Stulang Taman Bayu Puteri dekat Masai.

Tindakan mereka yang tidak biasa dilakukan oleh penduduk tempatan itu membuatkan netizen merasa kurang senang.  Tindakan mereka keluar dari tingkap dan duduk di tepi bangunan itu boleh mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini.

“Kalau ada apa-apa berlaku nanti menyusahkan frontliners,” komen seorang warga maya.

Manakala seorang lagi warganet berkata: “Boleh tak jangan menyusahkan frontliners kami”.

Kejadian itu telah dirujuk kepada Ketua Polis Daerah Johor Selatan, ACP, Mohd Padzil Mohd Zain. Polis akan mengeluarkan satu kenyataan selepas siasatan dijalankan.

Sumber: Malaysia Gazette

Share.

Leave A Reply