Netizen ‘Serang’ PM Kerana Ziarah Kubur. Ini Puncanya | Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini dilaporkan telah pulang ke kawasan beliau iaitu Bera, Pahang selain menyifatkan jadual yang disusun dikatakan agak padat kerana perlu menghadiri beberapa program yang diadakan di daerah tersebut.

Netizen ‘Serang’ PM Kerana Ziarah Kubur. Ini Puncanya

Tatkala jadualnya yang padat dengan aktiviti kemasyarakatan di daerah Bera, dikatakan Ismail Sabri telah mengambil kesempatan untuk singgah dan menziarahi kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang.

Gambar beliau menziarahi kubur tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya telah mempertikaikan tindakan yang dibuat oleh Perdana Menteri terbabit.

Kebanyakan dari mereka telah mendakwa Ahli Parlimen Bera tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang, malah ia terlihat seperti wujudnya amalan dua darjat antara orang biasa dengan golongan kenamaan.

Hal ini telah menjadi perhatian netizen selepas Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bahawa aktiviti ziarah-menziarahi ketika menyambut perayaan hari raya serta kubur adalah dilarang selain ia bertujuan untuk mengekalkan penjarakan fizikal semua pihak.

Berikutan itu, ada di antara mereka turut memohon supaya memberi kelonggaran kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarahi ibu bapa seperti mana kelonggaran tersebut diberikan kepada pimpinan negara.

Susulan gambar tersebut telah tular serta untuk meredakan keadaan yang dilihat kian panas, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah tampil bagi memperjelaskan perihal tersebut kepada awam.

Menurut Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad, dakwaan terbabit adalah tidak tepat malah selain menyifatkan Ismail Sabri turut patuh kepada undang-undang yang dikuatkuasakan kerajaan kerana dikatakan tiada SOP khusus berkenaan aktiviti ziarah kubur melainkan ia hanya berkuat kuasa semasa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

Jelasnya, orang awam sudah dibenarkan untuk menziarahi tanah perkuburan asalkan ia adalah mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal yang ditetapkan selain mengharapkan agar tiada lagi timbul isu antara dua darjat kerana situasi pandemik di negara ini masih dalam keadaan kritikal.

Selain kes covid kini sudah mencecah angka 20,000 kes sehari serta angka kematian harian yang mencatatkan tiga angka, wajarlah semua pihak perlu berganding bahu dalam melawan virus ‘ halimunan’ ini kerana pemimpin merupakan cerminan rakyat, bak kata pepatah, ‘ Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’.

Sumber: Sinar Harian 

Share.

Leave A Reply