Ngeri.. Lelaki Maut, Berkecai Digilis Lori | Kejadian kemalangan bukanlah suatu berita yang asing lagi dalam negara mahupun luar negara. Malah ada kejadian yang hingga menyebabkan maut dan berbagai lagi. Setiap kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh sifat setiap pengguna jalan raya itu sendiri dan ada juga yang tidak mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan hingga menyebabkan pengguna yang tidak bersalah turut menjadi mangsa.
Lain pula dengan kejadian penuh misteri kali ini, dimana seorang lelaki telah maut akibat digilis treler, namun identiti lelaki itu masih belum dikenalpasti. Perkara ini berlaku kerana tubuh badan lelaki itu dipercayai telah hancur berkecai akibat digilis oleh treler itu.
Kejadian lelaki maut digilis treler ini telah berlaku di kilometer 16.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Tol Damansara pada awal pagi rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihaknya telah menerima laporan berkiatan kejadian yang berlaku itu pada jam 4.20 pagi. Berdasarkan siasatan awal mendapati treler berkenaan dari Putrajaya dan menuju ke Hutan Melintang, Perak.
Semasa kejadian berlaku, pemandu treler itu telah tersedar bahawa dia telah melanggar sesuatu di tengah jalan. Apabila berhenti untuk memeriksa, dia telah mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenalpasti kerana lelaki itu telah hancur berkecai.
Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat dan dilakukan urusan pengecaman.
Pihak polis turut meminta orang ramai yang memounyai sebarang maklumat atau melihat kejadian itu berlaku untuk tampil dimana-mana balai polis berhampiran untuk memberi maklumat.
Sumber: Sinar Harian