Satu rakaman ngeri telah tular dan mengejutkan ramai pihak apabila seorang lelaki bertindak ‘menyembelih’ seorang wanita.

NGERI! Pelajar Wanita 'Disembelih' Lelaki Durjana. PUNCANYA Tak Masuk Akal

Mangsa merupakan pelajar universiti di Mesir dipercayai ‘disembelih’ kerana menolak cinta lelaki tersebut.

Menurut Egypt Independent, saksi melihat suspek yang merupakan pelajar kesenian tahun tiga didakwa menikam seorang wanita di depan pintu pagar.

Ketika itu, mangsa sedang berjalan menuju ke tempat perhentian bas untuk pulang ke rumah.

Orang ramai cuba menghalang dan menangkapnya, namun dia menyembelih leher mangsa dengan pisau tersebut.

Dia berjaya ditangkap oleh pegawai keselamatan yang lalu di kawasan sekitar.

Saksi berkata, lelaki itu ingin mengahwini mangsa, tetapi lamarannya ditolak.

Suspek dipercayai memutuskan untuk membalas dendam dan mengancam untuk membunuh wanita tersebut sebelum ini.

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, malangnya dia dilaporkan meninggal dunia sebelum sempat tiba di hospital.

Orang ramai kemudian menyerahkan suspek yang berjaya ditahan kepada pihak polis.

Menurut laporan, orang ramai dikatakan sempat membelasah suspek bertubi-tubi sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Rakaman itu tular di pelbagai platform media sosial dengan netizen melahirkan kemarahan masing-masing berhubung insiden berkenaan.

Mereka mendesak supaya kejadian berkenaan disiasat dengan telus dan pelaku dikenakan hukuman setimpal.

Mereka menyifatkan perbuatannya sembelih wanita itu terlalu kejam serta tidak boleh dimaafkan.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply