Seorang warga emas maut dihempap jentera pemunggah dipandunya ketika bekerja di Jalan Karamunting, Pelabuhan Sabah, hari ini.

Ngeri! Warga Emas Dihempap Jentera Pemunggah. 'Ini' Keadaan Terkini Mangsa

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi, Said Hassan, 60, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 5.43 pagi sebelum lapan anggota bergegas ke lokasi.

Setiba di tempat kemalangan, beliau berkata, pasukan mendapati seorang lelaki tersepit pada jentera dipercayai dihempap ketika melakukan kerja mengangkat mesin.

Jelasnya, susulan itu, operasi segera dilakukan untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan jentera pemunggah milik sebuah kilang.

Namun menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi berkenaan.

Katanya dalam satu kenyataan, mayat kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi berakhir pada jam 7.55 pagi.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply