Niat Nak Tunjuk Pistol Tapi Tertembak Rakan Sendiri

| April 19, 2021 | 0 Comments

Niat Nak Tunjuk Pistol Tapi Tertembak Rakan Sendiri | Malang tidak berbau apabila kejadian yang tidak diingini berlaku selepas seorang pengawal peribadi dengan tidak sengaja tertembak rakannya sendiri.

Niat Nak Tunjuk Pistol Tapi Tertembak Rakan Sendiri

Parit Buntar: Seorang pengawal peribadi kemudiannya telah ditahan akibat terlepas tembakan ke arah seorang penjaga kambing hingga mengakibatkan kecederaan di bahagian perut dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Jalan Swee Lee, Kuala Kurau di sini pada Isnin.

Kejadian kira-kira pada jam 6.30 petang itu berlaku ketika lelaki yang berusia 33 tahun sedang minum bersama mangsa berusia 23 tahun dan dua lagi rakannya yang masing-masing bekerja sebagai pemilik syarikat lori berusia 37 tahun dan penjaga stor berusia 48 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, pengawal peribadi yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan yang terletak di Kuala Lumpur itu telah bertemu dengan tiga sahabatnya yang lain untuk melakukan upacara sembahyang kematian seorang rakan mereka.

Menurut Anuar Othman, dalam kejadian itu, lelaki terbabit bertindak dengan mengeluarkan sebuah pistol miliknya jenis CZ 75 dengan niat hanya ingin menunjuk-nunjuk kepada mereka.

“Awalnya lelaki itu telah mengeluarkan kelopak pistol terbabit tanpa menyedari masih terdapat sebutir peluru di dalam chamber.

“Dia kemudiannya menarik picu pistol itu menyebabkannya meletup dan terkena mangsa yang berdiri di hadapannya pada jarak lebih kurang satu meter,” katanya memberi penjelasan.

Menurutnya lagi, mangsa yang kemudiannya telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan awal akibat berdarah dan luka di bahagian kiri perut telah dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital terbabit akibat terkena satu das tembakan.

Menurutnya, bagi menyembunyikan kes tersebut, pengawal peribadi terbabit kemudian telah melepaskan satu tembakan ke dalam beg sandang miliknya dengan niat hendak mereka cerita kononnya pistol tersebut meletup dengan sendirinya di dalam beg itu.

“Polis telah merampas senjata iaitu sepucuk pistol bersama kelopak berisi lapan peluru jenis 9mm, sarung pistol dan sebutir kelonsong tertera tertulis 9mm daripada lelaki terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *