Ordinan Darurat Akan Dibahas Di Sidang Parlimen Pada September Ini – PM Muhyiddin | Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak dapat disempurnakan.

Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak dapat disempurnakan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan melalui satu kenyataan media dan dimuatnaik di laman rasmi soisal media beliau.

Selain itu, dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021 yang lepas, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Selaras dengan titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September ini.

Usul tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari esok dan diharapkan akan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan darurat secara harmoni dan berpelembagaan.

Image

Sumber : Muhyiddin Yassin

Share.

Leave A Reply