Padah Berlumba Dan Lakukan Aksi Berbahaya Di Jalan Kluang | Sama ada kita sedar ataupun tidak masalah remaja berlumba atau melakukan aksi berbahaya ini sebenarnya berpunca dari pelbagai masalah. Kebanyakan kegiatan ini seringkali merbahaya sama ada membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain.

Budaya merempit ini juga dapat meningkatkan kemalangan jalan raya. Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap cuai dan cara menunggang motosikal yang melulu oleh penunggang yang merempit.

Padah Berlumba Dan Lakukan Aksi Berbahaya Di Jalan Kluang

Kuala Lumpur: Padah tujuh remaja berlumba dan melakukan aksi berbahaya di jalan raya apabila ditahan oleh pihak polis dalam operasi berasingan di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor, awal pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, tangkapan pertama Ops Samseng Jalanan itu dilakukan kira-kira pada jam 1.50 pagi dan telah menahan tiga penunggang motosikal.

Menurutmya, mereka ini dikesan telah melakukan aksi yang berbahaya iaitu melakukan aksi zig-zag, bersaing sesama sendiri dan aksi menundukkan badan.

“Tangkapan seterusnya pula membabitkan empat penunggang motosikal kerana melakukan aksi wheelie, menundukkan badan, zig-zag serta bersaing sesama sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad (hari ini).

Beliau berkata, hasil daripada tangkapan tersebut mendapati mereka semua berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun itu terdiri daripada dua kumpulan yang berbeza. Bukan itu sahaja, katanya pihak polis juga telah menyita kesemua motosikal yang digunakan suspek iaitu Yamaha Y15ZR, Yamaha LC135 dan Yamaha Lagenda 115FI.

“Kesemua tangkapan dan sitaan motosikal telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sikap penunggang yang tidak ada etika dalam kalangan mat rempit ini menyebabkan sebahagian daripada pemandu kita takut ketika memandu di jalan raya kerana mereka takut akan menjadi mangsa kemalangan yang berpunca daripada mat rempit ini.

Sumber: Sinar Harian 

 

Share.

Leave A Reply