Padah Berlumba,11 Individu Diberkas Dalam Ops Samseng Jalanan

| April 24, 2021 | 0 Comments

Padah Berlumba,11 Individu Diberkas Dalam Ops Samseng Jalanan | Saban hari kes berlumba dalam kalangan remaja dilihat semakin meningkat dan  mereka ini dilihat seolah-olah sengaja untuk membahayakan diri mereka dengan membawa motosikal secara laju dan melakukan aksi-aksi yang berbahaya. Bukan itu sahaja, mereka juga turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Padah Merempit,11 Individu Diberkas Dalam Ops Samseng Jalanan

Kuala Lumpur: Seramai 11 individu termasuk seorang remaja perempuan ditahan dalam Operasi (Ops) Samseng Jalanan di beberapa lokasi di sekitar ibu kota ini, awal pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seramai 18 orang pegawai dan anggotanya terbabit dalam operasi yang mengambil masa selama tiga jam. Operasi terbabit bermula pada jam 1 pagi di Jalan Genting Klang, Jalan Ampang, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(AKLEH) dan Jalan Sungai Besi.

Beliau berkata, dalam operasi terbabit, mereka telah menahan lapan penunggang serta tiga pembonceng motosikal yang berusia 17 hingga 27 tahun yang didapati merempit.

Tambahnya, mereka didapati menunggang motosikal dengan cara yang berbahaya dan turut melakukan aksi seperti roket, zig zag, wheelie dan juga bersaing sesama sendiri.

Individu yang ditahan bekerja sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan, penuntut kolej, pekerja restoran dan juga kakitangan kerajaan.

Zulkefly berkata, kesemua suspek ditahan mengikut Sekysen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi yang membahayakan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan di Jalan Genting Klang kerana menunggang Yamaha 135LC tanpa menggunakan pendaftaran seperti yang telah ditetapkan.

Katanya, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *