Padah Ejek Rakan, Pelajar Perempuan Cedera Dibelasah | Kerana mulut badan binasa itulah kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan situasi seorang pelajar perempuan apabila tindakannya mengejek rakannya mengundang padah apabila dia dibelasah sehingga ‘separuh nyawa’ pada 4 Mei lalu.

Padah Ejek Rakan, Pelajar Perempuan Cedera Dibelasah

Kejadian terbabit berlaku pada jam 3.15 petang di sebuah sekolah menengah di daerah Bukit Beruntung, Kuala Lumpur selepas mangsa berusia 13 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, guru sekolah berkenaan memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa pada 6.26 petang.

Katanya, ketika ibu mangsa sampai di lokasi, dia melihat anaknya terbaring lemah dengan beberapa kecederaan di bahagian badan.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang dan dimasukkan ke zon kuning untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dibelasah dua pelajar perempuan sekolah berkenaan sebelum ditemui.

Katanya, punca pergaduhan itu dikatakan kerana mangsa mengejek suspek yang kemudiannya tidak berpuas hati sebelum dibelasah.

Tambahnya, pihak polis sudah mengenal pasti pelajar yang terlibat dalam kejadian terbabit dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply