Padah Menyamar Pegawai Kanan Polis Untuk Rentas Negeri, Warga Emas Ditahan

| May 8, 2021 | 0 Comments

Padah Menyamar Pegawai Kanan Polis Untuk Rentas Negeri, Warga Emas Ditahan | Tindakan seorang lelaki warga emas untuk merentas negeri dengan menyamar sebagai pegawai polis kanan gagal. Baca selanjutnya..

MENYAMAR SEBAGAI ‘ACP’ 

Petaling Jaya – Perbuatan seorang lelaki menyamar sebagai seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP) untuk mendapatkan kelulusan permit rentas negeri mengundang padah apabila dia diberkas, kelmarin.

Warga emas yang berusia 65 tahun itu mengaku dirinya ACP bergelar Datuk ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar pukul 9 malam untuk membuat permohonan tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, bagi membuktikan diri sebagai pegawai kanan polis, suspek menunjukkan gambar berpakaian lengkap dengan uniform polis melalui skrin telefon bimbitnya.

Menurutnya, musykil dengan perkara itu, seorang anggota yang bertugas meminta suspek mengemukakan sebarang dokumen, namun suspek gagal berbuat demikian.

“Berikutan itu, sepasukan polis dari IPD berkenaan memberkas suspek kerana gagal mempamerkan sebarang identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai seorang penjawat awam,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesalahan menyamar sebagai penjawat awam adalah kesalahan serius dan tindakan lebih tegas akan dikenakan sekiranya ada pihak cuba untuk menyamar dan memalsukan dokumen bagi permit rentas negeri.

“Pihak IPD Petaling Jaya mengingatkan kepada semua lapisan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan supaya penularan Covid-19 dapat diputuskan,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *