Pak Abu Bawa Ular Sawa 200KG Bersiar-Siar

| June 1, 2021 | 0 Comments

Pak Abu Bawa Ular Sawa 200KG Bersiar-Siar | Tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki membawa seekor ular gergasi bersiar-siar menaiki sebuah moto. Reptilia berbahaya iaitu ular sawa itu dipercayai seberat 200 kilogram dan hanya melilit pinggang Pak Abu ketika itu.

Pak Abu Bawa Ular Sawa 200KG Bersiar-Siar

Video yang tular sejak beberapa hari lalu itu telah menarik perhatian ramai netizen dan rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi. Ini berikutan saiz ular sawa itu yang amat besar dan seberat 200 kilogram.

Berdasarkan video berdurasi 21 saat yang telah tular itu, lelaki yang lebih mesra dipanggil sebagai ‘Pal Abu’ itu dilihat sedang menunggang sebuah motosikal bersama dengan seorang lagi rakannya. Namun apa yang menarik perhatian orang ramai adalah ular yang melilit pinggangnya sebelum individu lain mula merakam video mereka.

Pak Abu yang ketika itu sedang menunggang motosikal mengangkat tangannya sebagai tanda gembira manakala ular itu kelihatan begitu jinak dengan melilit pinggangnya ketika mereka bersama-sama menaiki motosikal.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, video tular berkenaan dikesan berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 29 Mei lalu.

Dipercayai ular sawa itu ditangkap di kebun getah di kampung Lubuk Simpul, Kuala Krai, pada jam 6 petang Jumaat lalu oleh individu bernama Mohd Hamdan Mahadi, 34, dan pemilik kebun getah berkenaan. Tambahnya lagi, Mereka khuatir ular sawa besar itu boleh mengancam keselamatan penduduk. Susulan itu ular sawa berkenaan kemudian ditangkap dan dibawa menaiki motosikal untuk diserahkan kepada pihak Perhilitan.

Menurutnya, sebelum kejadian itu berlaku mereka itu lebih awal telah menghubungi petugas Perhilitan Kuala Krai pada jam 12 tengah hari bagi memaklumkan penghantaran `reptilia’ buas itu.

Hamdan turut memohon maaf berkenaan video yang telah tular itu. Tambahan pula perkara itu bukanlah telah dirancang oleh pihak mereka atau sebagainya. Ular sawa batik itu kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan pada jam 2 petang Ahad lalu sebelum ditempatkan sementara di sangkar Perhilitan Kuala Krai.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,

Category: PELIK, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *