Pandu Kereta Lawan Arus, Pemandu Diburu Polis

| July 7, 2020 | 0 Comments

Pandu Kereta Lawan Arus, Pemandu Diburu Polis | Polis sedang memburu pemandu kereta Hyundai berwarna putih yang melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan McDonald’s Klang Sentral, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pemandu dikesan bagi melengkapkan siasatan kejadian 10.50 malam itu.

“Kira-kira 12 tengah hari tadi, polis mendapati satu video yang berdurasi 1 minit 30 saat yang ditularkan oleh pemilik Facebook, Mohammad Khusyairie di dalam group Meru Food Channel.

“Video terbabit menunjukkan sebuah kereta (nombor pendaftaran tidak pasti) yang memandu melawan arus dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dari Jalan Meru Batu 5 dari Simpang 3 Jalan Haji Abdul menghala ke Bukit Raja.

“Polis masih mencari pemandu terbabit bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nurulhuda berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di 013-4146144,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *