Pandu Lawan Arus, Pemandu Pacuan Empat Roda Positif Dadah | Tular video kemalangan kereta pandu lawan arus hingga mengorbankan dua orang, rupanya ini keputusan setelah ujian dilakukan terhadap pemandu triton. Baca selanjutnya..

Shah Alam – Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melawan arus sehingga menyebabkan dua remaja maut di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan pagi tadi didapati positif ganja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ini hasil saringan awal ujian air kencing yang dilakukan terhadap pemandu Mitsubishi Triton berusia 24 tahun tersebut.

“Pemandu pacuan empat roda itu terdahulu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari lokasi kejadian untuk siasatan lanjut dengan ujian air kencing mendapati positif dadah jenis ganja.

“Suspek kini direman enam hari bermula hari ini hingga 17 September depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalam 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahaya.

“Justeru, mereka yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 01131215697,” jelasnya.

Baharudin menjelaskan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Mitsubishi Triton dipandu melawan arus dari Kuala Lumpur ke Klang.

Manakala, dua remaja berusia 18 dan 19 tahun itu dari arah bertentangan kemudiannya bertembung sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk tindakan bedah siasat,” jelasnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan dua remaja maut apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali Nur Afiqah Abdul Karim, 18, yang merupakan pemandu dan penumpangnya, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19,.

Video Kemalangan Tersebut :

Sumber : Kosmo 

Share.

Leave A Reply