PANIK! Wanita Hamil Parah Diserang Anjing Jirannya. Seorang wanita hamil cedera ketika melindungi anak-anaknya daripada diserang anjing milik jirannya. Baca seterusnya.

KAJANG – Seorang wanita hamil cedera ketika melindungi anak-anaknya daripada diserang anjing milik jirannya dalam kejadian di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Batu 9 Cheras di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.43 petang ketika mangsa berumur 35 tahun itu sedang melindunginya anak-anaknya daripada diserang anjing berkenaan.

“Siasatan mendapati anjing tersebut adalah milik dan di bawah peliharaan seorang wanita warga tempatan iaitu jiran di kawasan yang sama dan tidak mempunyai lesen yang sah untuk memelihara anjing tersebut.

“Kejadian dikatakan berpunca daripada pemilik anjing tersebut telah cuai terlepas tali pengikat anjing menyebabkan anjing bertindak luar kawalan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Orang ramai yang ingin memelihara anjing di mana-mana premis termasuk rumah persendirian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, pemilik harus memastikan haiwan peliharaan dikawal rapi supaya perkara seperti kejadian ini dapat dielakkan,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

Sumber: SH

Share.

Leave A Reply