Pantau Jika Kepala Anak Terhentak, Ini Tanda-Tanda Kemungkinan Besar Ada Kecederaan Otak

| March 3, 2021 | 0 Comments

Pantau Jika Kepala Anak Terhentak, Ini Tanda-Tanda Kemungkinan Besar Ada Kecederaan Otak | Sudah pasti ibu bapa punyai pengalaman kepala anak terhentak ketika mereka kecil kan? Perkara begitu menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi ketika anak-anak mahu membesar.

Akan tetapi tahukah anda apabila kepala anak terhentak, mereka juga dalam keadaan bahaya jika ada tanda-tanda yang jarang berlaku selepas hentakan tersebut?

Ikuti perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari mengenai tanda paling bahaya bila kepala anak terhentak di bawah.

Pantau Jika Kepala Anak Terhentak, Ini Tanda-Tanda Kemungkinan Besar Ada Kecederaan Otak

Pernah satu hari masa Maryam Nafisah, si kecil saya yang umur 3 tahun tu tengah duk seronok bermain dengan kakak dia kat tingkat atas, tiba-tiba terdengar bunyi benda terhempas yang sangat kuat. Bumm!!

Sunyi sepi seketika. Selang beberapa saat lepas tu si Maryam mula menangis. Nyaring benar tangisannya. Tak macam selalu. Terus saya rasa tak sedap hati lalu berlari naik ke atas.

Rupa-rupanya anak saya tu terjatuh dari kerusi dan bahagian kanan kepalanya meluncur cecah lantai dulu masa dia cuba panjat nak ambil sesuatu kat rak buku. Patutlah bukan main kuat lagi bunyi berdentum tadi.

Jantung saya masa tu jangan cakaplah, memang berdebar kencang sebenarnya sebab saya tahu kecederaan yang melibatkan kepala ni memang tak boleh buat main-main.

Mulalah terbayangkan kes terhentak kepala sampai tempurung kepalanya retak yang pernah kami jumpa sebelum ni.

Kecut perut weh bila teringatkan benda macam tu.

Walaupun luarannya tak adalah nampak kesan luka atau bengkak yang teruk, tapi saya tak nampak apa kesan hentakan tadi kat dalam kepala si Maryam tu.

Jadi nak tak nak saya kena perhatikan dia betul-betul sepanjang hari tu sama sebijik macam saya pantau patient saya dekat hospital sana.

Bukan apa, kalau anak kita kepalanya terhantuk lepas tu tiba-tiba ada tanda bahaya, memang kena bawak ke hospital terus lah jawabnya.

Menerusi perkongsian beliau di laman Twitternya, ini tanda-tanda yang kemungkinan besar kecedaraan otak sudah berlaku pada kanak-kanak selepas hentakan di kepala.

  • Muntah-muntah berterusan
  • Sawan
  • Pengsan
  • Kanak-kanak jadi mengantuk yang teramat sangat hingga tidak sedarkan diri
  • Di kepala ada benjolan yang terlampau besar
  • Luka yang dalam hingga berdarah meleleh-leleh
  • Mana-mana bahagian anggota badan si kecil jadi lemah
  • Ada cairan atau darah keluar daripada hidung atau telinga anak
  • Anak mengadu sakit kepala yang dahsyat
  • Mata jadi kabur, antara nampak tak nampak

Menurutnya, kecederaan yang berlaku boleh jadi cepat mahupun lambat. Ada juga kes pendarahan otak yang terjadi secara perlahan-lahan dan tanda-tanda bahaya tersebut muncul lebih lambat.

Oleh itu, beliau nasihatkan agar ibu bapa memantau dalam tempoh 24 jam selepas anak terjatuh. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu kritikal untuk dipantau.

Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari

 

 

 

Tags:

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *