Parlimen Tanjong – Hui Ying mahu pertahan kemenangan DAP | Senator Lim Hui Ying, Setiausaha DAP Pulau Pinang, berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertanding mempertahankan kemenangan DAP di Parlimen Tanjong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Parlimen Tanjong ada nilai sentimental, Hui Ying mahu pertahan kemenangan DAP

Beliau berkata, fokus utamanya adalah untuk berbakti kepada rakyat kawasan tersebut dan berbesar hati apabila pucuk pimpinan parti memberi kepercayaan kepadanya untuk mempertahankan kerusi yang disandang oleh Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Selain itu, beliau juga menyatakan, Parlimen Tanjong mempunyai nilai sentimental memandangkan ia kubu DAP dan kerusi tersebut dipertahankan sejak 1986 hingga kini.

Beliau juga menjelaskan bahawa kawasan Tanjong adalah kawasan Ketua Menteri dan Menteri bersedia biarkan beliau teruskan (khidmat) di situ. Kerusi Tanjong juga amat bermakna kepada beliau sebab semua tahu, Tanjong adalah kerusi DAP sejak 1986.

Beliau berkata demikian dalam sidang selepas Majlis Konvoi Harapan PRU15 di Persiaran Karpal Singh, pada hari ini.

Dalam sidang itu, ditanya mengenai Lim Guan Eng akan membayangi perjalanan politiknya, Hui Ying berkata, beliau memandang abangnya itu sebagai seorang pemimpin tertinggi parti.

Beliau juga menambah dengan menyatakan, YB Lim Guan Eng adalah Pengerusi DAP Kebangsaan, jadi beliau lihatnya sebagai pemimpin tertinggi parti, YB juga adalah pemimpin Hui Ying.

Pada majlis itu, Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Agung DAP mengumumkan dua calon wanita akan bertanding di dua Parlimen negeri ini pada PRU15.

Mereka adalah Lim Hui Ying calon bagi Parlimen Tanjong manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid pula bagi kerusi Bukit Bendera.

Selain itu, Anthony juga mengumumkan Hui Ying akan melepaskan jawatan Senator dalam masa terdekat untuk menumpukan perhatian di Parlimen Tanjong dan jawatan itu akan diisi pemimpin daripada kaum India secepat mungkin.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply