Parlimen: Usul Bincang Isu Azam Baki Ditolak Speaker | Isu pembelian saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilaporkan tidak dibincangkan dalam sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Parlimen: Usul Bincang Isu Azam Baki Ditolak Speaker

Perkara tersebut diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan  Harun selepas tidak menerima sebarang notis daripada Perdana Menteri Datuk, Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat.

Menurutnya, beliau akui terima usul tersebut dua hari lepas dan telah menjawab bahawa sidang khas ini dipanggil Perdana Menteri di bawah kuasa mutlak dalam  aturan 11 (3) Peraturan Majlis Mesyuarat. Mengikut peraturan tersebut, agenda sidang khas dibawah kuasa mutlak dan beliau yang menyusun atur agenda tersebut.

Oleh itu, beliau sifatkan  kita mesti menjalankan prosiding hari ini mengikut agenda yang ditetapkan.

Terdahulu usul bagi membahaskan kontroversi mengenai pemilikan saham Azam Baki yang membanteras rasuah telah ditolak.

Usul tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayob dan turut disokong beberapa ahli parlimen lain termasuk Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) dan Gbind Singh Deo (PH-Puchong).

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply