Pas Pusat Berhasrat Bertanding Dalam PRU Sarawak | Pas Sarawak dilaporkan telah menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung pada 18 Disember nanti.

Pas Pusat Berhasrat Bertanding PRU Sarawak

Namun Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan bahawa pucuk pimpinan belum dapat memutuskan lagi sama ada bakal menyertai PRN Sarawak atau sebaliknya.

Pas setakat ini dilaporkan mempunyai cadangan supaya kita bertanding cuma di peringkat pusat belum ada keputusan rasmi.

Tetapi bebrapa cadangan dan permintaan dari Pas Sarawak untuk bertanding beberapa kerusi, Presiden telah mengarahkan beberapa individu untuk berbincang dengan Pas Sarawak dan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) apa kaedah terbaik untuk menyertainya.

Mohd Amar berkata demikian kepada Astro AWANI bagi mengulas pengesahan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak menyertai PRN Sarawak.

Jelas Mohd Amar, pimpinan Pas pusat akan mengadakan mesyuarat bersama dengan pimpinan Pas Sarawak dan GPS berhubung perkara tersebut.

Mada Muktamar lepas, perwakilan Sarawak menyatakan hasrat serta meminta persetujuan pimpinan untuk menyertai PRN berkenaan dengan sekurang-kurangnya bertanding di lapan kerusi, Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 6 Disember sebagai hari penamaan calon manakala 14 Disember sebagai tarikh pengundian awal.

Sumber: Astro Awani 

Share.

Leave A Reply