Pas Sifatkan Pembentukan Muafakat Nasional Sebagai ‘Sebaik-baik Perjanjian’ | Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa sebaik-baik perjanjian yang dimeterai selama berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang membentuk Muafakat Nasional (MN), baru-baru ini.

Pas Sifatkan Pembentukan Muafakat Nasional Sebagai 'Sebaik-baik Perjanjian'

Jelasnya, ia merupakan perjanjian yang diberkati ALLAH SWT ‘dengan serta-merta’ dan kurniaan hujanan air mata rakyat di seluruh negara.

Muafakat nasional bagi pandangannya merupakan penyatuan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun menerusi laporan Sinar Harian.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bachok berkata, perjanjian berkenaan juga meruntuh segala marak kemarahan dan dendam serta terbinanya rahmat dan kasih sayang sesama umat.

Sambungnya, jika Pas boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih tujuh tahun demi bersama menentang ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional (BN) masa itu, maka tidak malukah kita pada ALLAH SWT, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat?

Beliau turut menyelar bahawa jika keruntuhan wujud diantara permuafakatan mereka, adakah umat Islam di negara ini akan gembira untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat, menerusi laporan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply