Pasangan Kekasih Mengaku Curi Gelang Emas RM10,000, Sempat ‘Joli’ Seminggu Sebelum Dicekup | KUALA PILAH – Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan mencuri gelang emas dua minggu lepas.

Tertuduh, Muhammad Effendi Sanusi Gunarto, 24, dan Nur Sabrina Khairul, 22, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama mencuri seutas gelang tangan emas jenis Dunhill seberat 36.76 gram milik sebuah kedai di Pekan Kuala Pilah

Perbuatan itu dilakukan di Kedai Emas Pilah, Jalan Dato Undang Johol, Kuala Pilah pada 8 April lepas, kira-kira jam 3.45 petang.

Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kali yang kedua atau kemudian boleh dikenakan penjara dan denda atau sebat.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

SUMBER : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply