Pasangan Muda Didakwa Mahkamah Aniaya Anak 16 Bulan

| September 5, 2021 | 0 Comments

Pasangan Muda Didakwa Mahkamah Aniaya Anak 16 Bulan | Ibu bapa sepatutnya melindungi serta menjaga anak dengan sebaik mungkin, namun ada juga yang tergamak menganiaya anak sendiri hingga cedera parah. Baca selanjutnya..

Kuala Pilah – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan penganiayaan sehingga menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia 16 bulan cedera dalam kejadian di Felda Bukit Jalor, Tampin, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh Muhammad Afiq Abdullah, 23, yang bekerja sebagai juruwang stesen minyak dan isterinya yang baharu berusia 17 tahun sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya secara bersama didapati melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dibahagian kepala, mata, badan dan juga tapak kaki.

Kesalahan itu dilakukan di Felda Bukit Jalor, Air Kuning Selatan pada 3 hingga 25 Ogos lalu.

Tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Saiful kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Oktober ini bagi menunggu laporan perubatan mangsa.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *