Suami isteri maut, manakala anak mereka parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori di KM 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian, sementara anak mereka, Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, parah di muka.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan itu membabitkan lori dipandu lelaki usia 28 tahun, Proton Exora, Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyata Wish.

May be an image of 1 person and outdoors

Katanya, tiga beranak itu yang beralamat di Taman Balok Permai, Kuantan, Pahang menaiki Proton Exora.

“Seramai 16 individu terbabit dalam kemalangan ini dengan dua mangsa iaitu suami isteri maut di tempat kejadian.

May be an image of 2 people, headscarf and text that says "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un... .A fatihan sahabat.. Allah taala sayang engkau dibulan mulia.. suami isteri..."

“Anak pasangan itu parah di muka, manakala pemandu Nissan Navara berusia 52 tahun mengalami sakit di bahu,” katanya ketika dihubungi di sini, kelamrin.

May be an image of outdoors

Afandi berkata, pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak cedera.

Katanya, ketika kejadian cuaca baik dan jalan berkenaan dua lorong yang lurus.

Pasangan suami isteri maut, manakala anak mereka parah dalam kemalangan lima kenderaan di KM46, Kampung Selamat, Sungai Tong di Setiu, pada Sabtu. - Foto ihsan bomba

May be an image of 1 person, car and outdoors

May be an image of 1 person, car and outdoors

May be an image of outdoors and tree

@ciksuee06

allahukhbar😌#3ramadanmubarak #sgtong #setiu

♬ Bila Waktu Tlah Berakhir – Opick

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pelajar [email protected] Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 11.25 pagi.

Beliau berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.

Beliau berkata ketika dihubungi Bernama hari ini bahawa pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian.

Morni berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply