Pasangan Suami Isteri Maut Dihempap Pokok Setinggi 53 Meter, Meninggalkan Lima Orang Anak

| April 1, 2021 | 0 Comments

Pasangan Suami Isteri Mati Dihempap Pokok Setinggi 53 Meter, Meninggalkan Lima Orang Anak | Sepasang suami isteri telah meninggalkan lima orang anak mereka setelah mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah pokok kayu merah atau redwood yang terguling ke atas kenderaan mereka di Lebuh Raya 199 sekitar tengah hari di bahagian barat laut California, baru-baru ini.

Pasangan Suami Isteri Maut Dihempap Pokok Setinggi 53 Meter, Meninggalkan Lima Orang Anak

Mangsa yang dikenali sebagai Jake Woodruff, 36, serta isterinya Jessica, 45, sedang memandu sebuah kereta Honda keluaran tahun 2016 ketika melalui Taman Negara Jedediah Smith Redwoods sebelum sebuah pokok setinggi 53 meter (175 kaki) menghempap kereta mereka sehingga menghancurkan ruang pmandu serta penumpang di hadapan menurut laporan polis yang dipetik dari Global News.

Amanda Maffei, sepupu kepada mangsa mengatakan pasangan tersebut dalam perjalanan ke sebuah pusat peranginan bagi menyambut hari lahir Jessica serta pasangan tersebut telah berkahwin selama 13 tahun, menerusi laman web ‘GoFundMe‘ yang telah dilancarkan oleh sepupunya itu.

Mereka yang terselamat dalam nahas tersebut adalah lima orang anak kepada pasangan tersebut iaitu Megan, Evan, Casey, Allie dan Chelsea, yang berumur antara 8 hingga 24 tahun menurut laporan media tempatan.

Tambah Maffei lagi menerusi laman web Go Fund Me, peristiwa tersebut amat mengejutkan dan tidak dapat diterima kerana pasangan tersebut juga turut meninggalkan lima orang anak mereka yang bakal dibesarkan tanpa ibu bapa serta anak sulung keluarga tersebut perlu memikul tanggungjawab membesarkan adik-beradiknya yang masih kecil.

Kutipan dana dibuat menerusi laman web GoFundMe untuk tujuan tersebut dan berjaya mengumpul sebanyak kira-kira AS $ 254,000 sejak halaman itu pertama kali disiarkan baru-baru ini.

California Highway Patrol kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian kemalangan tersebut.

Sumber: Global News

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *