Pasangan Suami Isteri Nyaris Maut Selepas Van Terbakar Langgar Babi

| July 12, 2021 | 0 Comments

Pasangan Suami Isteri Nyaris Maut Selepas Van Terbakar Langgar Babi | Berpantang maut sebelum ajal itulah yang dilalui pasangan suami isteri apabila kedua mereka nyaris maut apabila van yang dinaiki terlanggar babi sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Separap, Parit Sulong, Batu Pahat awal pagi selasa.

Pasangan Suami Isteri Nyaris Maut Selepas Van Terbakar Langgar Babi

Bagaimanapun, pasangan itu bernasib baik apabila mereka berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan hanya mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.58 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik pihaknya tiba di lokasi kejadian iaitu berhampiran dengan Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, mereka mendapati van yang dinailki pasangan berkenaan sedang marak terbakar.

Menurutnya, pihaknya difahamkan, pemandu lelaki berusia 63 tahun dan isterinya berusia 63 tahun itu dari arah Parit Sulong menghala ke Batu Pahat telah melanggar seekor babi hingga menyebabkan kenderaan mereka terbakar.

Pihak bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air pam jentera namun van berkenaan hangus 90 peratus.

Jelasnya, pemandu lelaki mengalami kecederaan di bahagian pingang dan kaki manakala isterinya cedera di bahagian tangan kiri dan kaki di sebelah kanan.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat bagi menerima rawatan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *