Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mempersoalkan mengapa beliau yang dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi, sedangkan perbuatan itu disebabkan kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, dalam membuat transaksi pembayaran kad kredit milik beliau.

Pecah Amanah Yayasan Akalbudi. Ahmad Zahid Dakwa Setiausaha 'Cuai'

Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri tidak faham. Kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang (pembayaran kad kredit). Ertinya ini cuai. yang kena adalah dirinya. Adakah ini satu keadilan?

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal pada sesi pemeriksaan utama ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zaidi ketika itu menyoal anak guamnya berhubung transaksi lebihan dan kekurangan pembayaran kad kredit Ahmad Zahid menggunakan duit yayasan, yang dibuat oleh Mazlina.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, lebihan dan kekurangan pembayaran kad kreditnya adalah disebabkan kecuaian yang diakui sendiri oleh Mazlina, dalam mengendalikan perbelanjaan kad kredit berkenaan.

Malah menurut beliau, Mazlina ketika memberikan keterangan menyatakan tidak tahu, tidak pasti, dan tidak ingat berhubung pengurusan bil kad kredit terbabit.

Katanya, beliau juga tidak pernah membenarkan Mazlina yang juga saksi ke-90 pendakwaan untuk menggunakan cop tandatangan atau cek pra-tandatangan bagi pembayaran kad kredit peribadi dan polisi insurans kenderaan miliknya.

Beliau mendakwa, sebagai banker yang terlatih dan berpengalaman, sekiranya beliau tahu Mazlina berkelakuan sebegini, beliau tidak akan beri kebenaran dan akan menghentikan perbuatannya serta merta.

Ujarnya, Mazlina sendiri tidak pernah menyerahkan dan menunjukkan kepadanya sebarang penyata kad kredit bulanan dan cek dikeluarkan olehnya. Sekiranya penyata kad kredit bulanan dan cek itu diserahkan atau ditunjukkan kepadanya justeru beliau tidak akan memberi kebenaran terhadap pembayaran itu.

Beliau berkata, begitu juga penyata bank bulanan peribadi miliknya dan Yayasan Akalbudi tidak pernah ditunjukkan kepadanya walaupun telah diminta daripada Mazlina. Beliau ingin menegaskan bahawa akan menghentikan perbuatan Mazlina sekiranya mengetahui telahh mengeluarkan pembayaran secara lebihan dan pembayaran yang kurang bagi tujuan pembayaran kad kreditnya.

Ahmad Zahid menegaskan, beliau tiada pengetahuan peribadi sama sekali bahawa Mazlina menyalahgunakan cop tandatangannya untuk membuat pembayaran kad kredit berkenaan dengan menggunakan cek Yayasan Akalbudi.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply