Pegang Tiang Besi Ketika Banjir, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

| January 5, 2021 | 0 Comments

Pegang Tiang Besi Ketika Banjir, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik | Temerloh – Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang besi di hadapan garaj kereta rumahnya di Kampung Paya Kechik di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa Isyraf Muhammad,41, sedang memerhati keadaan banjir hadapan rumahnya.

“Ketika sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumah setinggi kira-kira paras betis mangsa telah memegang tiang besi hadapan rumah.

“Secara tiba-tiba ibunya nampak yang anaknya (mangsa) telah terkena renjatan arus elektrik dan cuba membantu tetapi dalam masa yang sama ibunya telah terpelanting kebelakang,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya di bawa ke Klinik Padang Lalang Temerloh oleh abangnya sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat dan ibu mangsa mendapat rawatan di hospital sama.

Dalam pada itu Mohd. Yusri berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan.

Katanya, hasil pemeriksaan luaran tubuh mangsa mendapati tidak terdapat sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Punca arus elektrik tersebut sedang disiasat dan pihak Tenaga Nasional Berhad telah dihubungi dan akan menjalankan siasatan di tempat kejadian,”ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *