Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk meluluskan permohonan Bantuan Perundangan Bersama yang diminta pihak berkuasa Perancis, berhubung siasatan projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan Transit Aliran Massa (MRT).

Pegawai Awam Malaysia Didakwa Terlibat Kes Suapan MRT. 'Ini' Tindakan Pihak Berkuasa Perancis

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata kerajaan Malaysia belum meluluskan permohonan pihak berkuasa negara berkenaan, disebabkan terdapat isu undang-undang yang perlu diteliti.

Katanya, selepas selesai perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara, SPRM perlu menunggu respons dari Perancis mengenai maklumat yang akan ditawarkan kepada mereka.

Ujarnya, mereka hanya memohon satu perkara, iaitu berhubung pegawai awam dan entiti negara kita yang terbabit dalam suapan sebuah syarikat.

Jelasnya lagi, bagaimanapun, kita belum lagi memberi respons kerana ia membabitkan isu penguatkuasaan undang-undang dan banyak perundangan akan terbabit kerana setiap siasatan di luar negara kita perlu melalui proses undang-undang dan sama ada ia perlu didedahkan atau tidak, ia bergantung kepada negara berkenaan.

Berikutan itu, beliau berkata, setakat ini, kita masih berbincang dengan Pejabat Peguam Negara, jika sudah setuju, kita tunggu pula respons mereka sama ada mahu terima atau tidak maklumat yang diberikan kepada mereka.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Perancis sedang menyiasat dakwaan penipuan dan rasuah membabitkan projek MRT bernilai RM692 juta yang berlaku beberapa tahun lalu.

SPRM kemudiannya mengesahkan mereka sudah menyiasat kes itu sejak Mac lalu dan tumpuan siasatan kini kepada pembayaran berunsur rasuah dalam siasatan projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam, membabitkan Transit Aliran Massa (MRT).

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply