Pegawai Menteri Sudah Mula Kosongkan Pejabat Kerajaan | Difahamkan beberapa pegawai menteri dilaporkan sudah mula mengemas barangan mereka serta mengosongkan pejabat selepas UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), baru-baru ini.

Pegawai Menteri Sudah Mula Kosongkan Pejabat Kerajaan

Menurut seorang pegawai kepada menteri, beliau sudah mula berbuat demikian sejak berlakunya gemelut politik yang melanda negara ini selepas ia dilihat kian meruncing sejak beberapa minggu yang lalu.

Tambahnya lagi, sebelum UMNO menarik sokongan terhadap blok kerajaan, beliau sudah mula mengemas barang dan hanya meninggalkan sedikit barang di pejabat menurut laporan Sinar Harian, baru-baru ini.

Tatkala itu, seorang pegawai menteri juga dikatakan turut mula mengemas pejabat serta barangannya namun dilaporkan beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perihal tersebut.

Jumaat baru ini telah digemparkan dengan berita selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri dengan menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

Pada masa sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply