Pegawai Polis Maut Ketika Pulang Dari Tugasan PKP

| April 20, 2020 | 0 Comments

Pegawai Polis Maut Ketika Pulang Dari Tugasan PKP | Anggota polis maut selepas skuter ditunggangi terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping dekat Kuala Kangsar ketika pulang daripada tugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Dalam kejadian 4.40 petang, mangsa Sarjan A Rahman Yeob, 59, yang juga Timbalan Ketua Balai Polis Padang Rengas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang skuter Yamaha Ego LC dari arah Padang Rengas menuju Kuala Kangsar.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh menggelungsur ke tiang besi penghadang jalan.

“Mangsa masih bernyawa ketika pasukan perubatan tiba di lokasi lalu memberi bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 5.25 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas penugasan Ops Covid-19.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *