Peguam Najib, Shafee Dakwa Hakim ‘Tertekan’ Urus Kes 1MDB | Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang menguruskan kes membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tertekan sehingga menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan kes berkenaan secara hibrid.

Peguam Najib, Shafee Dakwa Hakim 'Tertekan' Urus Kes 1MDB

Ujar beliau, tekanan tersebut dipercayai kerana perbicaraan kes berkenaan sering ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Menurutnya, dari segi Covid-19 sahaja, perbicaraan sudah ditangguh berulang kali dan ia memberi tekanan kepada beliau. Sambungnya, ia mungkin disebabkan oleh kes Syarikat SRC International Sdn Bhd sudah pun naik ke peringkat rayuan dan rayuan pun habis.

Shafee berpendapat, hakim tertekan untuk menjalankan kes ini dengan seberapa cepat yang boleh.

Sebelumnya, pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memohon supaya perbicaraan kes itu dijalankan secara hibrid berikutan perubahan sebanyak dua kali pada status MySejahtera bekas Perdana Menteri itu dan peguamnya.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pendakwaan untuk kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan 1MDB dijalankan secara hibrid.

Bagaimanapun, Collin tidak menolak kemungkinan kes itu boleh diadakan secara hibrid pada masa hadapan.

Sumber: Sinar HarianĀ 

Share.

Leave A Reply