Pekebun Durian Berdepan Hukuman Mati Kerana Bunuh Teman Wanita

| September 22, 2020 | 0 Comments

Pekebun Durian Berdepan Hukuman Mati Kerana Bunuh Teman Wanita | Seorang pekebun durian berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh teman wanitanya yang juga warga Indonesia pada 7 September lalu.

Tertuduh, Loh Kui Khong, 54, hanya mengangguk faham sejurus selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Teoh Shu Yee dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang wanita warga Indonesia di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kebun durian di Mukim Tanjung Minyak, Taman Bertam Impian di sini, antara jam 12 tengah malam sehingga jam 9 pagi pada 7 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati mandatori.

Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal.

Shu Yee menetapkan 24 November ini bagi serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga Indonesia hasil laporan dibuat anak lelaki terbabit sendiri.

Hasil siasatan di lokasi menemui mayat tidak sempurna yang dibungkus dalam plastik dalam bilik di belakang rumah kosong, jam 10.47 malam, 7 September lalu.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *