Pekerja Melecur Dalam Insiden Kebakaran Kilang Besi Jalan Chan Sow Lin

| March 29, 2021 | 0 Comments

Pekerja Melecur Dalam Insiden Kebakaran Kilang Besi Jalan Chan Sow Lin| Seorang lelaki warga Bangladesh didapati melecur selepas berlaku satu insiden kebakaran di sebuah kilang besi berdekatan Jalan Chan Sow Lin, di sini, hari ini.

Pekerja Melecur Dalam Insiden Kebakaran Kilang Besi Jalan Chan Sow Lin

Mangsa yang merupakan seorang pekerja di kilang besi tersebut mengalami kecederaan melecur tahap satu di bahagian bahu menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam satu kenyataan yang dipetik dari Utusan Malaysia berkata, seramai 33 orang anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 pagi tadi.

Tambah beliau, sebanyak beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) dari beberapa kawasan turut membantu dalam memadamkan kebakaran seperti BPP Bandar Tun Razak, BPP Hang Tuah, BPP Pudu, BBP Cheras, BBP Sentul serta BPP Sri Hartamas yang melibatkan 57 orang anggota pangkat komander operasi.

Difahamkan setibanya pihak bomba di tempat kejadian, kebakaran telah berlaku sebanyak 80 peratus di bangunan kilang kelas B tersebut namun kebakaran telah berjaya dipadamkan pada pukul 5.40 pagi tadi.

Kilang tersebut dipercayai musnah sepenuhnya serta tiada kemalangan jiwa telah dilaporkan. Mangsa juga telah dikerjakan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Utusan Malaysia

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *