Seorang pekerja pasar raya di sini maut, selepas motosikalnya melanggar pembahagi jalan di Batu 12, Jalan Kuching-Serian, awal pagi ini.

Pekerja Pasar Raya Maut. 'Ini' Sebabnya..

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kejadian dilaporkan kira-kira jam 1.50 pagi, ketika mangsa, Alvin Kajitan yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Serian menuju ke Kuching.

Jelasnya, semasa bergerak melepasi lampu isyarat Batu 12, Jalan Kuching-Serian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi laluan.

Katanya lagi, mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

Beliau berkata lelaki berusia 31 tahun dari Kampung Bunan Gega, Serian itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak.

Abang Zainal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply