PUTRAJAYA – Malang menimpa seorang pekerja kontrak pembersihan awam Alam Flora apabila dia dirempuh sebuah kereta ketika melakukan kerja pembersihan pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi di Lebuh Wawasan itu, pekerja itu mengalami cedera ringan di beberapa bahagian badan sebelum di bawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.

Insiden itu dikongsi SWCorp Wilayah Persekutuan menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian, pekerja berkenaan dikatakan sedang membersihkan jalan malah, kon keselamatan juga telah diletakkan di sisi jalan sebagai langkah keselamatan.

“Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib turut menasihatkan pengguna kenderaan supaya memandu dengan berhati-hati di laluan kerja-kerja permbersihan.

“Sila patuhi papan tanda kelajuan terutama di selekoh serta membantu memastikan semua pekerja pembersihan selamat melakukan kerja mereka,” katanya.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: M4ut Dirempuh Kereta Lumba, Arwah Pernah Cadang Mahu Buat Kenduri Kesyukuran

Pasir Salak: “Arwah nak sangat buat kenduri kesyukuran minggu depan, tapi saya tak sangka kenduri nanti adalah untuk dirinya,” luah Nor Idayu Yunus, isteri kepada mangsa kemalangan di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 3.30 itu, mangsa, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dirempuh sebuah kereta lumba yang hilang kawalan sewaktu mangsa menyaksikan acara perlumbaan CCT Battle of Champion.

Mangsa disahkan maut semasa menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, dekat Hutan Melintang, jam 5 petang, akibat parah di kepala dan pendarahan di paru-paru.

Menurut Nor Idayu, 29, suaminya mahu melakukan kenduri kesyukuran pada 7 Januari ini sempena kesihatan ibu mentua, Ubaidah Jusoh, 60-an yang semakin pulih selepas menjalani pembedahan dan perniagaan bengkel suaminya yang sangat baik.

“Segala persiapan kenduri sudah siap, semua ahli keluarga pun sudah diberitahu.

“Tapi saya tak sangka kenduri kesyukuran nanti akan bertukar menjadi kenduri untuknya,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, dekat Hutan Melintang, malam tadi.

Bercerita lanjut, ketika kejadian, Nor Idayu bersama dua orang anaknya Damia Intishar, 6, dan Damia Inara, 10 bulan, berada di rumah mereka di Assam Kumbang, Taiping.

Anak keduanya, Yusuf Mikhail, 3, bersama suami ke Litar Dato’ Sagor untuk berjumpa rakan dari Kuala Lumpur.

“Tengah hari tadi (semalam), suami beritahu mahu ke Kampung Gajah untuk ambil alat ganti kereta daripada rakannya yang datang dari Kuala Lumpur.

“Suami saya seorang pengusaha bengkel kereta. Memang rutin suami untuk pergi ke KL (Kuala Lumpur) untuk ambil alat ganti. Jadi apabila rakannya datang ke Kampung Gajah, tidak jauh la dia mahu ambil untuk kali ini.

“Kami tahu ada perlumbaan dan suami ada cakap yang dia ingin saksikan perlumbaan itu,” katanya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Taiping.

Menurutnya, berita mengenai kemalangan itu diberitahu oleh seorang rakan kerja suaminya melalui panggilan telefon, 4 petang semalam.

“Ketika saya dan anak-anak sampai ke sini (Hospital Changkat Melintang), doktor sahkan dia dah ‘tiada’.

“Sepatutnya malam ini (malam tadi), kami sekeluarga keluar berjalan-jalan untuk sambut tahun baharu. Kebetulan saya pun cuti dan dia pun boleh habiskan kerjanya awal.

“Saya tak pasti anak-anak faham atau tidak, mungkin yang sulung faham sedikit, tapi (mungkin tidak bagi anak) yang (berusia) tiga tahun dan 10 bulan. Anak dalam kandungan saya sekarang baru tiga bulan, langsung tak sempat jumpa ayahnya,” katanya yang memaklumkan bahawa dia dan suami baru sahaja tahu mengenai kehamilannya itu, baru-baru ini.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply