Pelajar 14 Tahun Maut Ditikam Rakan Sekolah

| November 24, 2021 | 0 Comments

Pelajar 14 Tahun Maut Ditikam Rakan Sekolah | TOKYO: Pelajar menengah rendah berusia 14 tahun di Jepun disahkan maut selepas ditikam seorang pelajar di sekolah sama.

Perkara itu disahkan pihak polis dan bomba hari ini.

Mangsa, seorang budak lelaki adalah pelajar Gred Tiga di Sekolah Menengah Menengah Junior Jushiyama di bandar Yatomi dekat daerah Aichi.

Dia dikejarkan ke hospital selepas ditikam di bahagian perut di sekolah menengah sekitar jam 8:10 pagi waktu tempatan hari ini, menurut lembaga pendidikan bandar itu dan pihak polis.

Susulan kejadian itu, polis menahan penyerang, iaitu seorang budak lelaki berusia 14 tahun kerana disyaki cuba membunuh.

Polis juga merampas pisau yang mungkin digunakan sebagai senjata dalam serangan itu.

Menurut pihak polis, budak lelaki itu mengaku menikam mangsa.

Polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada seorang guru yang melaporkan dua pelajar terbabit dengan pertengkaran.

Kejadian berlaku di lorong luar bilik darjah.

Pelajar lain datang ke sekolah ketika kejadian itu berlaku, kata lembaga pendidikan.

Kedua-dua pelajar terbabit tergolong dalam kelas Tahun Tiga yang berbeza. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *