Pelajar 15 Tahun Maut Lemas Dlm Kolam Takungan Banjir | YAN – Kegembiraan seorang remaja mandi bersama tiga rakannya di kolam takungan tebatan banjir yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Batu 20, Guar Chempedak, dekat sini bertukar tragedi apabila dia ditemui lemas petang semalam.

Mangsa, Muhammad Danish Haidar Mohd Rizal, 15, yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Guar Chempedak 2 disedari tenggelam oleh rakan-rakannya kira-kira pukul 5.10 petang.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa disedari tenggelam dan lemas oleh rakannya selepas satu jam mereka mandi di situ.

Panik lihat kawan lemas

“Panik dengan kejadian itu, rakan-rakan mangsa terus balik ke rumah dan memaklumkan kepada bapa mangsa, Mohd. Rizal Razak, 40, yang kemudian menghubungi talian kecemasan.

“Selepas menerima maklumat, Timbalan Ketua Polis Balai Guar Chempedak bergegas ke lokasi dan membuat pencarian bersama sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak pada pukul 5.40 petang (semalam),” katanya di sini semalam.

Menurut Shahnaz, mayat anak kedua daripada empat beradik itu ditemui lemas di dasar kolam pada pukul 5.45 petang dan mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Yan.

Takziah kepada keluarga mangsa

Sementara itu dalam laman Facebook Penduduk Guar Chempedak, ramai orang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan sedekahkan Al-Fatihah.

“Innalillahiwainnailaihirajiun, Al Fatihah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yg beriman Dan beramal soleh insyaAllah.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Salam takziah buat keluarga arwah, Semoga cucu saudara ku tenang disana.

“Semoga Allah tempat kan arwah dikalangan hambaNya yg beriman…semoga syurga tempatnya. Aamiin”.

Sumber: Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Kanak-Kanak Perempuan 7 Tahun M4ut Lemas Semasa Mandi Kolam Di Taman Tema

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat lemas ketika mandi di kolam sebuah taman tema di Banting di sini, kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.38 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah dalam operasi tersebut.

“Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mandi bersama ahli keluarganya di kedalaman kira-kira dua meter dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan sudah dikeluarkan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, mangsa dibawa pasukan perubatan ke Hospital Banting bagi tindakan lanjut sebeum disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Sumber : KMN

 

Bapa Sanggup Korban Nyawa Selamatkan Anak Yg Sudah M4ut Lemas

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang bapa menarik anaknya yang dipercayai sudah mati lebih awal ke tengah tasik telah membuatkan dirinya mati lemas dalam kejadian di Taman Tasik Metropolitan Kepong, di sini, hari ini

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan penemuan mayat seorang lelaki dan seorang wanita tempatan sekitar pukul 10 pagi.

Menurutnya, selepas menerima panggilan itu, sepasukan polis daripada Balai Polis Kepong telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mayat dijumpai lengkap berpakaian. Mayat wanita berusia 30 tahun ditemui dalam keadaan terapung manakala mayat lelaki berusia 72 tahun telah tenggelam di dasar tasik pada kedalaman 2 meter (m).

“Kedua-dua mangsa telah meninggal dunia sekitar satu jam sebelum ditemui, punca awal kematian masih dalam siasatan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Sukarno, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan dokumen pengenalan diri mangsa mendapati kedua-duanya mempunyai hubungan bapa dan anak.

Jelas beliau, keterangan awal daripada saksi yang melihat kejadian mendapati seorang lelaki sedang mengheret mayat seorang wanita yang telah lemas ke dalam tasik.

“Saksi telah cuba memberikan bantuan dengan memujuk individu tersebut naik ke atas tebing tetapi tidak dipedulikan mangsa dan terus menuju ke arah tengah tasik sehingga lemas.

“Kedua-dua mayat tersebut telah dirujuk ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Justeru, Ahmad Sukarno menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di talian 03-40482206 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Najib Endut dari Balai Polis Kepong di talian 03-62742222.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply