Seorang jurulatih seni mempertahankan diri judo dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah menghempas pelajarnya yang berusia tujuh tahun.

Pelajar 7 Tahun MAUT Di Tangan Jurulatih Judo. Ini PUNCANYA

Jurulatih tersebut menghempas mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia.

Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Huang dikejarkan ke hospital di bandar Taichung pada April tahun lalu.

Mangsa dilaporkan dihempas sebanyak 27 kali oleh jurulatihnya, Ho Tsung-le.

Kanak-kanak itu kemudiannya koma selama 70 hari dengan pendarahan dalam otak serta mengalami masalah pernafasan dan kegagalan fungsi organ.

Kemudian, ibu bapanya memutuskan untuk menutup mesin bantuan pernafasan.

Mahkamah Daerah Taichung memutuskan Tsung-le memaksa kanak-kanak itu mematuhi arahannya tanpa memikirkan akibat yang bakal berlaku, termasuk menyebabkan kematian.

Namun, ibu bapa mangsa tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut yang disifatkan ‘terlalu ringan’ dan bakal membuat rayuan.

Insiden itu bermula selepas Tsung-le mengarahkan mangsa berlatih teknik hempasan bersama rakan sekelas, namun arahannya ditolak.

Pelajar 7 Tahun MAUT Di Tangan Jurulatih Judo. Ini PUNCANYA

Berang dengan perkara itu, Tsung-le kemudiannya menunjukkan beberapa teknik hempasan pihak lawan dengan menjadikan mangsa sebagai contoh.

Mangsa sempat memberitahu kepada jurulatihnya bahawa dia mengalami sakit kepala, namun aduan itu tidak dihiraukan Tsung-le.

Malah, dia meneruskan menghempas mangsa sehingga kanak-kanak itu muntah dan tidak sedarkan diri.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply