Pelajar lelaki tingkatan tiga dipukul di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, oleh sekumpulan lelaki kerana enggan menyertai kongsi gelap.

Pelajar Dipukul Akibat Tidak Mahu Sertai Kumpulan Kongsi Gelap

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima laporan kes terbabit jam 2 petang kelmarin.

Katanya, semasa berada di hadapan sekolah, mangsa didatangi enam suspek yang tidak dikenali.

Ujarnya, suspek berumur antara 17 hingga 18 tahun itu mengajak mangsa menyertai kumpulan kongsi gelap.

Tambahnya lagi, mangsa bagaimanapun dipukul menggunakan tangan oleh enam suspek kerana menolak menyertai kumpulan itu. Mangsa mengalami kecederaan di bibir, pipi dan dahi.

Katanya dalam satu kenyataan, seorang suspek yang juga penganggur berusia 18 tahun berjaya ditahan jam 12.15 malam tadi di kediamannya di Iskandar Puteri.

Rahmat berkata, siasatan awal suspek mengaku memukul mangsa bersama rakan lain.

Sambunya, polis memohon orang ramai yang berada di tempat kejadian tampil untuk membantu siasatan.

Selain itu, beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan jenayah membabitkan pelajar sekolah.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro 

Share.

Leave A Reply