Pelajar Kolej Wanita Maut Terjun Tingkat 6, Puncanya Buat Ramai SEDIH | Gara-gara putus cinta, seorang pelajar kolej wanita maut selepas terjun dari tingkat 6 kediaman dalam kejadian di Blok F Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Bandar Baru Ampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita itu tinggal bersama ibu dan tiga beradiknya yang lain di tingkat tiga pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang pelajar kolej berusia 20 tahun dan kejadian dipercayai berpunca daripada masalah putus hubungan percintaan.

“Mangsa disyaki telah naik ke tingkat 6 pangsapuri yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Mohamad Farouk, wanita tersebut dijumpai dalam keadaan terlantar dengan lengkap berpakaian.

“Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu pecah di bahagian kepala, manakala kaki dan tangannya patah.

“Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR).

Menjengah ke ruang komen, netizen turut memberi pelbagai ucapan komen.

“Semoga Allah sentiasa tetapkan iman kita, anak anak dan seluruh zuriat serta keluarga.” Ujar seorang netizen

“Alahai kasihan pada mak ayah” tulis mereka lagi.

“Cari jalan singkat kesian orang tuanya” Komen seseorang.

“Jalan singkat, Ibubapa yang menjadi mangsa keadaan” Kata netizen.

“Terlalu mengikut perasaan jadi hilang pedoman” Komen netizen.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply