Pelajar Maut Dilanggar Oleh Lori Perabut

| April 20, 2021 | 0 Comments

Pelajar Maut Dilanggar Oleh Lori Perabut | Seorang pelajar sekolah menemui ajal selepas dia dilanggar oleh sebuah lori perabut ketika pulang ke rumah. Baca selanjutnya..

DILANGGAR LORI PERABUT

Sabak Bernam – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut dilanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dalam kejadian di Jalan Sungai Air Tawar di sini semalam.

Dalam kejadian berlaku pukul 3.30 petang, mangsa berusia 17 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bumi Hijau dari sekolah.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa yang berada di belakang bas telah melintas jalan dari arah Sungai Besar di sebelah kanan ke kiri jalan.

“Sebuah lori dipandu lelaki berusia 40 tahun dalam perjalanan menghantar perabot ke Parit Baru dan Sungai Besar tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *