Pelajar Perempuan Berdepan Detik CEMAS Ketika Jalan Sendirian.Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku | KAMPAR – Seorang pelajar perempuan mengalami detik cemas apabila dipeluk lelaki bogel ketika berjalan sendirian di Jalan Batu Hijau di sini, Ahad lalu.

Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun itu turut mengalami patah gigi ketika bergelut dan menggigit suspek dalam usaha melepaskan diri.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kes cabul itu.

“Siasatan mendapati mangsa dipeluk dari arah belakang menyebabkan mangsa menjerit sebelum suspek melarikan diri ke arah semak berhampiran.

“Pada masa sama, seorang lelaki yang juga pelajar sebuah universiti berhampiran ternampak kejadian itu turut membantu mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, mangsa tidak dapat mengecam suspek berikutan keadaan sekeliling yang samar-samar.

“Pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan berhampiran dengan lokasi kejadian itu.

“Rondaan melibatkan unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan elemen daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah kerap dilakukan di tempat kejadian,” katanya.

Mohamad Nazri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau.

SUMBER : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply