Pelajar Perempuan [email protected] Ketika Upacara Mandi Bunga | Jakarta – Seorang perawat di Tangerang dalam wilayah Banten didakwa mencabul beberapa pelajar perempuan ketika melakukan upacara mandi bunga yang dikatakan bertujuan untuk menyalurkan ilmu kebatinan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kejadian pertama dilakukan perawat terbabit dilaporkan pada April lalu apabila seorang pelajar perempuan yang menghadiri pengajiannya menawarkan diri untuk mendalami ilmu kebatinan dan disuruh mandi bunga.

Ketika proses mandi bunga, pelajar tersebut dimandikan dalam keadaan berpakaian dan dia dicabul selepas prosedur itu tamat.

Mengesahkan laporan kejadian, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Tangerang, Komisioner Polis Abdul Rachim berkata, suspek turut melakukan perkara terkutuk itu kepada beberapa pelajar perempuan yang lain.

“Kami mendapati bukan sahaja seorang mangsa terlibat, malah ramai lagi yang menjadi mangsa suspek terbabit,’’ katanya.

Kegiatan suspek itu terdedah setelah dilaporkan ibu bapa mangsa.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply