Pelajar Perundangan UiTM Maut Kemalangan Dilanggar Lari Pemandu Mabuk. AL FATIHAH. | Kereta arwah dilanggar pemandu mabuk ketika pulang dari stadium Final AFF tempoh hari. Lepas berhari bertarung nyawa di hospital, beliau akhirnya meninggal dunia. Al Fatihah. Baca selanjutnya.
DILANGGAR LARI PEMANDU MABUK
Dalam perjalanan pulang sejurus selepas menonton perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Vietnam Selasa lalu, seorang penuntut UiTM Shah Alam, Khairunissa Jaffri dikatakan telah mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh raya Persekutuan Batu 3 Shah Alam.
Nisa bersama dua orang rakannya lagi dikatakan telah dilanggar lari oleh seorang pemandu mabuk dan terus dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).
Setelah mendapatkan rawatan di hospital, doktor mengesahkan bahawa otak gadis yang berasal dari Labuan itu sudah tidak lagi berfungi dan meminta agar semua orang mendoakan yang terbaik.
Kemalangan ngeri melibatkan 3 pelajar UiTM Shah Alam, Nisa 19 Suhayl 19 Ammar 20 di l/rya psktn bt 3 Shah Alam. Kjadian pulang dari myaksikn plwnan akhir bolasepak Piala Aff Suzuki di StdmBkt Jalil. #affsuzukicup2018 #kemalangan #MHnews #BuletinTV3 @BuletinTV3 #AFFSuzukiCup2018 pic.twitter.com/hqIeHcPIE6
— budak jalanan (@budakjalanann) December 12, 2018
Setelah beberapa hari bertarung nyawa, Nisa telah disahkan meninggal dunia dan rata-rata, ramai antara kenalannya yang terkejut dan seolah-olah tidak dapat menerima hakikat tersebut.
Tenanglah kau d sana nisa.. Lucky enough to show my respect to u girl. Mula2 td nda mw nangis, but the end of the story, im cryin like a bby in frnt of her mom. She need to be really tough for the rest of her children. Smoga mkcik dberi kekuatan yg luar biasa pic.twitter.com/n5ObwzfgQq
— Baiiii (@BbBai2) December 14, 2018
Sumber: OMM