Pelajar Sekolah Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati Digilis Lori | Seorang pelajar sekolah menengah maut dalam keadaan menyayat hati apabila bertembung dengan sebuah kenderaan sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Keretapi Lama, Kapar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang, mangsa dikenali Naufal Danish Md. Nor, 17, turut melecur di bahagian kaki selepas terkena api kesan daripada motosikal yang ditungganginya terbakar akibat kejadian tersebut.

Mangsa yang parah di perut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya sambilannya di sekitar daerah ini.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115Z kemudiannya cuba memotong lori di depannya yang dipandu lelaki berusia 41 tahun.

“Mangsa kemudianya bertembung dengan kenderaan lain yang tidak dikenalpasti dari arah bertentangan sebelum bergesel dan jatuh serta digilis lori tersebut.

“Akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terbakar keseluruhannya dan remaja itu yang melecur di kaki diangkat orang awam ke bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply