Pelajar Sekolah Tahfiz Berhenti Belajar Demi Menjaga Ibu Sakit | Seorang pelajar sekolah tahfiz terpaksa membuat keputusan untuk berhenti belajar demi menjaga ibunya yang sakit. Dia telah menjaga ibunya sejak setahun yang lalu.

Pelajar Sekolah Tahfiz Berhenti Belajar Demi Menjaga Ibu Sakit

Disebabkan ibunya, Siti Zainon, 53 tidak mampu untuk menguruskan diri lagi disebabkan menghidap penyakit kencing manis dan darah beku di kaki, Mohd Ikhmal Hakimi, 21 terpaksa berkorban untuk menjaga ibunya yang sakit. Dia perlu berada disamping ibunya, manakala kedua abang dan kakaknya perlu bekerja untuk menyara kehidupan mereka.

Menurutnya, dia melakukan ini semua kerana itu merupakan tanggungjawabnya. Dalam keadaan ibunya sekarang, mereka tidak boleh untuk meninggalkan ibu mereka kerana bimbang sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Dia ambil peranan memasak dan mengemas rumah termasuk membawa ibu ke tandas. Jika kakak dan abang ada mereka akan lakukannya bersama-sama.

Dia yang bercita-cita ingin menjadi seorang ustaz tidak menafikan pernah terfikir tentang masa depannya, tetapi percaya yang rezeki ada di mana-mana.

Pelajar Sekolah Tahfiz Berhenti Belajar Demi Menjaga Ibu Sakit

Sementara itu anak sulung Siti Zaiton, Farah Natasha, 25, berkata, dugaan yang dihadapi mereka sekeluarga datang bertimpa-timpa selepas kematian bapa dua tahun lalu sebelum disusuli adik bongsunya tahun lalu.

Menurutnya, ayah meninggal sakit jantung pada November tahun 2019 dan Oktober tahun lalu adik bongsu pula meninggal kerana jangkitan kuman dalam darah.  Pada masa sama keadaan kesihatan ibu pula makin merosot selepas ibu jari kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis. Keadaan kakinya kini membengkak sehingga ke bahagian lutut menyebabkan ibu sukar untuk bergerak.

Farah Natasha yang bekerja di sebuah kilang akan cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa sepakat dengan adik-beradik untuk menguruskan ibu.

Sementara itu Setiausaha Kehormat Perkim Cawangan Nilai, Jamsari Mohamad berkata, beliau akan membantu proses permohonan mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal dengan harapan ia dapat meringankan beban keluarga berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply