Hubungan percintaan seorang pelajar perempuan dengan seorang penganggur telah berakhir dalam keadaan tragis.

Pelajar Tingkatan 4 MAUT Dibunuh Kekasih. Ini PUNCANYA

Pelajar perempuan tersebut maut ditekup menggunakan bantal oleh kekasihnya sendiri dalam kejadian di Kampung Idaman, Pandamaran di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku selepas mangsa, 16, telah dibawa kekasihnya, 24, ke rumahnya menggunakan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, telah memberi kenyataan dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, kejadian tersebut terbongkar apabila suspek, 24, telah mengetuk pintu bilik tidur ibu bapanya selepas mengangkat mangsa dari biliknya ke halaman rumah.

Semasa kejadian, terdapat seorang lagi abang suspek yang tidur di rumah mangsa.

Selain itu, tiada bunyi bising didengari ahli keluarga suspek semasa berlakunya kejadian pembunuhan tersebut.

Ahli keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut kemudiannya telah menghubungi pihak polis.

Pegawai Perubatan yang kemudiannya tiba ke lokasi kejadian telah mengesahkan kematian mangsa.

Kata beliau, berdasarkan siasatan mendapati mangsa tinggal di Puchong bersama bapa saudaranya selepas ibu bapa mereka bercerai.

Ujar Hoong Fong, siasatan lanjut mendapati suspek dan mangsa telah bercinta selama setahun dan diketahui antara keluarga masing-masing.

Berdasarkan siasatan awal berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa di bilik tidur tersebut.

Malah, suspek juga pernah membawa mangsa ke rumahnya beberapa kali sebelum ini.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan calar dan lebam di bahagian muka dan leher.

Tegasnya, bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas akibat ditekup.

Suspek yang ditangkap di lokasi kejadian kini direman sehingga 3 Julai ini dan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply