Pelajar Tingkatan Dua Maut Motosikal Terbabas Di Selekoh

| June 28, 2021 | 0 Comments

Pelajar Tingkatan Dua Maut Motosikal Terbabas Di Selekoh | Malang tidak berbau buat seorang pelajar tingkatan dua apabila ia maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di kawasan selekoh di Kampung Chetok dekat Ketereh, Kota Bharu semalam.

Pelajar Tingkatan Dua Maut Motosikal Terbabas Di Selekoh

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang, mangsa, Muhammad Syakir Mohd. Sabri, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 tanpa memakai topi keledar dan tiada lesen memandu dari Kampung Kiat menghala ke Kampung Piah di sini.

Katanya, apabila mangsa tiba di lokasi kejadian, dia dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya sebelum terjatuh ketika membelok di kawasan selekoh.

Insiden itu menyebabkan motosikal mangsa terbabas ke bahagian bahu kanan jalan di hadapan sebuah kedai.

Jelasnya, mangsa tidak sedarkan diri selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, berhubung kejadian yang berlaku, beliau menasihatkan ibu bapa agar mengawal pergerakan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka menunggang motosikal jika tiada lesen memandu.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *