Pelancong Korea Jatuh Di Air Terjun Telaga Tujuh | Seorang lelaki warga Korea Selatan, terjatuh ketika melakukan aktiviti rekreasi di Air Terjun Telaga Tujuh di sini, hari ini, 17 Oktober 2022. Ini telah berlaku selepas kejadian 44 pendaki terperangkap semalam di tempat yang sama.

Kemalangan ini berlaku kira-kira pada jam 12.30 tengah hari. Mangsanya, bernama Hyun Seung yang berumur 52 tahun, telah dilaporkan bahawa mangsa terjatuh dari puncak Air Terjun Telaga Tujuh di Gunung Mat Chinchang dan mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang dan serviks.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi, Sallehuddin Darawi berkata mereka mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 12.59 tengah hari. Beliau juga memberitahu bahawa mereka mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak yang dianggarkan jarak dari kaki Gunung Mat Chinchang ke puncak air terjun adalah kira-kira 90 meter.

Sayani Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, menyatakan bahawa mangsa dipercayai sedang mandi di kawasan air terjun berkenaan sebelum dikatakan hilang imbangan dan terjatuh.Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi digerakkan ke lokasi tersebut.

Sayani berkata anggota yang tiba di lokasi kemudian memberi rawatan awal kepada mangsa, sebelum dia dibawa turun ke tempat selamat menggunakan pengusung pada jam 2.54 petang.

Beliau juga menyatakan bahawa mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil setakat ini.

Oleh itu, kira-kira pada jam 10 pagi semalam, seramai 44 pendaki termasuk tiga malim gunung terperangkap selepas berlaku fenomena kepala air dan arus deras di kawasan air terjun berkenaan.

Kumpulan pendaki tersebut berusia antara 30 hingga 50-an terbabit melakukan aktiviti pendakian bermula jam 4 pagi sebelum hujan lebat melanda menyebabkan mereka berhadapan kesukaran turun ke kaki gunung berkenaan.

Namun, bomba dapat menyelamatkan mereka semua dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Share.

Leave A Reply