Pelanggan Terkejut Kedai Makan Caj Nasi Goreng ‘Udang Kecil’ RM40 | Sebuah gerai di Cheras telah mencetuskan perdebatan di antara netizen apabila mengenakan RM40 untuk sepinggan nasi goreng dengan 6 ekor udang bersaiz sederhana.
Menurut laporan Weird Kaya, seorang netizen berkongsi pengalaman mengejutkan apabila beliau memesan sepinggan nasi goreng untuk dua orang di sebuah kopitiam di Cheras, tetapi perlu membayar dengan harga yang tinggi.
Sambil meluahkan kekecewaannya, netizen itu berkata bahawa ini adalah kali pertama dia dikenakan dengan harga yang mahal untuk sepinggan nasi goreng.
Dia juga telah bertindak bertanya kepada pemilik kedai dan pemiliknya mengesahkan harga tersebut sambil memberi alasan bahawa harga udang kini mahal.
“Saya tidak pernah terkejut. Bagaimana satu pinggan nasi goreng dengan hanya enam ekor udang biasa dan nasi boleh berharga RM40?”
Menyifatkan hidangan itu sebagai “terlalu mahal” dan tidak enak untuk dirasa, netizen itu seolah-olah tertipu oleh pemilik gerai.
Netizen itu turut mendedahkan bahawa pemilik kedai turut bertanya kepada mereka adakah mereka orang tempatan, ini menimbulkan syak wasangka bahawa pemilik kedai mungkin mengenakan harga yang lagi mahal untuk bukan warganegara.
Sejak berita ini dimuat naik, netizen media sosial bertindak mengecam gerai tersebut. Mereka juga menyeru agar orang ramai memboikot kedai yang mengenakan harga yang tidak wajar.
Sumber: The Vocket
Baca Juga: Tindakan Kedai Makan ‘Cop’ Tempat Parkir Untuk Berniaga Dikecam
Adakah anda pernah mengalami situasi dimana anda tidak boleh keluar dari parkir kerana ada kedai makan sudah ‘block’ kereta anda dengan meletakkan meja dan kerusi?
Inilah apa yang terjadi kepada pemilik Myvi dimana keretanya tidak boleh keluar apabila kedai makan telah meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir lot sehingga ‘block’ keretanya.
Bukan itu sahaja, kereta Myvi tersebut juga didapati telah calar dipercayai disebabkan perbuatan khianat pihak kedai. Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi melihat situasi terbabit yang dilihat tidak sepatutnya berlaku.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen mengecam tindakan pemilik restoran yang pacak khemah diluar kawasan kedai dan meletakkan kerusi di atas kereta tersebut serta meletakkan meja makan di kawasan parkir.
Rata-rata netizen menuntut agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepada kedai makan tersebut dan difahamkan bahawa pemilik kereta Myvi itu telah memberitahu kepada pemilik kedai bahawa pihak kedai telah melakukan perbuatan khianat kerana keretanya calar.
Susulan itu, pemilik Myvi itu dikatakan akan membuat laporan polis dan juga membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhubung isu yang berlaku tersebut.
Rata-rata netizen juga tidak berpuas hati dengan tindakan kedai makan yang mementingkan diri sendiri itu.
“Kalau i owner kereta hitam tu, i reverse, saja2 buat 3 point turn dekat semua meja kerusi kat situ,” @Lala.w.
“HAHA baru semalam mkn area situ masuk parking lahhhhh kena bayar 5 ringgit…DASARRRRR,” @lullaby.
“Chow kit will be chow kit forever, dlm tu ada balai Bomba. Dari mghrib-2am kwsn ni meriah if Masa kecemasan kau boleh tgk camner Bomba tu berkicap nak keluar,” @Mdshah.
Sumber: The Vocket